KEMPEN 1 JUTA PEK AYAM RAKYAT UNTUK MAKANAN PERCUMA ANAK-ANAK MALAYSIA

"MAKANAN PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK MALAYSIA"
1 JUTA PEK AYAM YANG DIKUMPULKAN
MENJADI BAHAN ASAS/UTAMA UNTUK DIJADIKAN LAUK DI DALAM PROGRAM INI.
PERLAKSANAAN PROGRAM INI DIBAHAGIKAN KEPADA 3 BENTUK
- AYAM PERCUMA SEPENUHNYA UNTUK 1 PELAJAR PER KELUARGA (YANG LAYAK) -
- MAKANAN RM1 / PERCUMA SETIAP ISNIN / JUMAAT DI TADIKA/TASKA/SEKOLAH -
- TAJAAN AYAM PERCUMA SEPENUHNYA UNTUK ANAK-ANAK YATIM/PIATU -
(PUSAT JAGAAN/IBU/AHLI KELUARGA) -
MAKANAN YANG BAIK HAK MILIK SETIAP INSAN
PENGECUALIAN CUKAI sehingga 7% (terma&syarat)
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BUDAK RM1
menjadi IKON INSPRIRASI tercetus kepada program ini
dimana beliau datang kepada kami selepas berusaha di beberapa buah kedai dengan pertanyaan
“Kak, boleh saya beli ayam ini RM1?
Saya dan adik -adik dah seminggu makan nasi bubur dan telur goreng hancur.
Kami teringin sangat nak makan ayam Kak.
Tak terbayang di akal kami, di bumi Kuala Lumpur yang begitu pesat dan dilihat sebagai landmark Malaysia yang berjaya, pesat membangun namum masih ada keluarga dan anak-anak kecil yang kelaparan, kais pagi dan petang sekadar untuk mengalas perut dan mungkin selama ini tanpa pengetahuan kita mereka mengalas perut dengan bubur kosong berulamkan garam walhal kita, anak-anak kita masih boleh memilih makanan yang lazat, enak untuk dinikmati.
-----------------------------------------------------------------------------------------
AYAM RAKYAT MALAYSIA
RAMADHAN & SYAWAL 2021
bersambung untuk tahun ke-2 dengan membawa tema
“MAKANAN YANG BAIK HAK MILIK SETIAP INSAN”
melalui projek
"MAKANAN PERCUMA UNTUK ANAK-ANAK MALAYSIA"
Untuk misi bagi tahun 2021,
sasaran 1 JUTA plastik ayam diletakkan sebagai taruhan dalam membantu mereka yang memerlukan,
mereka yang mencari keberkatan dan kekayaan rezeki & harta dalam menginfaqkan harta sepanjang bulan ramadhan
dalam mencari keredhaan ALLAH YANG MAHA ESA
------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah disebalik AYAM RAKYAT, RAMADHAN & SYAWAL 2021
Projek ini bermula pada tahun 2020 melalui inisiatif kebajikan di mana pasukan ayam rakyat berjaya mengumpul melalui projek “MEMBELI SAMBIL MENDERMA" sebanyak 10,000 ekor dan berkolaborasi kebajikan iaitu CIKGU FADLI, MVM,DANA KITA, PENGGERAK WILAYAH, UNCLE KENTANG sebagai anggota penggerak yang membantu mengagihkan & pengedaran ayam-ayam kepada sasaran di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya & SYARIKAT ANUGERAH HIKMAH CONSULTANCY & SERVICES sebagai teraju utama bersama AYAM RAKYAT. 10,000 ekor yang berjaya terkumpul ini adalah hasil “MEMBELI SAMBIL MENDERMA" di link untuk program AYAM RAKYAT SYAWAL 2020 - https://kempenayamrakyat2020.ordersini.com (domain telah ditutup)
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
AYAM RAKYAT MALAYSIA
RAMADHAN & SYAWAL 2021
Setiap Dana Kami Sampaikan, Setiap Pembelian Kami Hantarkan
100% Jaminan Sampai
A Y A M R A K Y A T
(Peneraju Ayam Murah, Percuma & Berkebajikan di Malaysia)
AYAM DAPAT, PAHALA PUN DAPAT